Jemputan Perkahwinan Online · Malaysia

Kad kahwin digital seindah hari bahagia anda.

Design eksklusif dengan RSVP online, salam kaut dan lokasi Waze dalam satu pautan. Siap dalam 10 minit, sedia dikongsi di WhatsApp.

Contoh kad kahwin digital Tuan Majlis dipaparkan di telefon
Panduan Ringkas

Apa itu kad kahwin digital?

Kad kahwin digital ialah jemputan perkahwinan online yang dibuka melalui satu pautan dan dikongsi terus kepada tetamu. Berbanding kad cetak, ia boleh memuatkan maklumat yang lebih lengkap: tarikh, atur cara, peta lokasi, RSVP online, salam kaut, galeri gambar, muzik latar dan buku tetamu.

Di Tuan Majlis, anda pilih design, isi maklumat pengantin dan majlis, kemudian terus kongsi jemputan melalui WhatsApp. Jika masa atau lokasi berubah, kemas kini sahaja kad yang sama tanpa perlu cetak semula.

  • Mudah untuk tetamu

    Tetamu buka satu link, semak lokasi, simpan tarikh dan sahkan kehadiran terus dari telefon tanpa perlu download app.

  • Lebih mudah diurus

    Pengantin kemas kini maklumat majlis, pantau RSVP dan susun senarai tetamu dari satu tempat.

  • Dibina untuk WhatsApp

    Setiap jemputan ialah pautan ringkas yang cantik dipaparkan apabila dikongsi kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.

Koleksi

Design pilihan untuk majlis anda

Dari floral lembut, minimal moden hingga klasik berunsur Islamik. Preview setiap design secara percuma.

Termasuk

Fungsi kad kahwin digital Tuan Majlis

Satu pautan. Semua yang tetamu perlukan, dan semua yang anda perlu urus.

  • RSVP Online

    Tetamu sahkan kehadiran dalam beberapa saat, dan anda pantau jumlah tetamu secara langsung.

  • Salam Kaut

    Terima hadiah wang terus ke akaun bank atau kod QR pilihan anda.

  • Lokasi & Waze

    Satu tekan untuk buka Google Maps atau Waze terus ke lokasi majlis.

  • Muzik Latar

    Lagu pilihan anda dimainkan ketika tetamu membuka jemputan.

  • Buku Tetamu

    Ucapan dan doa tetamu tersimpan kemas dalam satu ruang digital.

  • Senarai Hadiah

    Bantu tetamu memilih hadiah tanpa pertindihan.

  • Atur Cara & Kalendar

    Tetamu boleh semak atur cara dan simpan tarikh terus ke kalendar telefon.

  • Export Excel

    Muat turun senarai RSVP untuk urusan katering dan susunan meja.

  • Edit Tanpa Had

    Tukar masa, lokasi atau butiran bila-bila masa tanpa cetak semula.

Cara

Cara buat kad kahwin digital dalam tiga langkah

Perlukan senarai semak lengkap? Baca panduan cara buat kad kahwin digital.

  1. I

    Pilih design

    Pilih daripada koleksi kami, atau muat naik artwork anda sendiri tanpa caj.

  2. II

    Isi butiran

    Masukkan nama pengantin, tarikh, atur cara, lokasi, lagu dan maklumat salam kaut di studio editor.

  3. III

    Kongsi pautan

    Salin satu link dan hantar kepada semua tetamu melalui WhatsApp atau media sosial.

Pakej Lengkap

Harga kad kahwin digital

RM59.90

Sekali bayar · Semua fungsi · Edit tanpa had sehingga hari majlis

Tempah Sekarang

Ada design sendiri? Kami sesuaikan tanpa caj.

Perbandingan

Kad kahwin digital vs kad fizikal

PerkaraKad kahwin digitalKad fizikal
KosSekali bayar RM59.90 untuk semua tetamuBergantung kepada bilangan cetakan, sampul dan pos
Masa siapSiap dalam kira-kira 10 minitBeberapa hari hingga minggu untuk cetak dan hantar
Perubahan maklumatEdit tanpa had, tetamu terus nampak versi terkiniPerlu cetak semula atau maklumkan satu per satu
RSVP & lokasiRSVP online, Google Maps dan Waze dalam satu pautanTiada RSVP; tetamu perlu cari lokasi sendiri
Cara edaranWhatsApp, Telegram, media sosial atau e-melSerahan tangan atau pos

Ramai pasangan memilih kedua-duanya: kad fizikal untuk keluarga terdekat dan jemputan digital untuk semua tetamu lain. Baca perbandingan penuh di blog.

Soalan Lazim

Soalan lazim

Apakah itu kad kahwin digital?

Kad kahwin digital ialah jemputan perkahwinan online dalam bentuk satu pautan. Ia memuatkan maklumat majlis, atur cara, RSVP online, peta lokasi, muzik latar, salam kaut dan buku tetamu, dan boleh dikongsi melalui WhatsApp, Telegram, e-mel atau media sosial.

Berapa harga kad kahwin digital di Tuan Majlis?

Pakej lengkap Tuan Majlis berharga RM59.90, sekali bayar. Harga ini termasuk semua fungsi seperti RSVP online, salam kaut, buku tetamu, muzik latar, peta lokasi, kalendar dan edit tanpa had.

Berapa lama kad siap?

Kad siap sebaik sahaja anda memilih design dan mengisi maklumat majlis. Kebanyakan pasangan selesai dalam masa kurang 10 minit.

Bagaimana cara buat kad kahwin digital?

Pilih design di koleksi, masukkan maklumat pengantin dan majlis di studio editor, kemudian kongsi pautan jemputan kepada tetamu. Semuanya boleh dibuat terus dari telefon.

Boleh ubah maklumat selepas kad siap?

Boleh. Anda boleh kemas kini maklumat tanpa had sehingga selesai majlis, dan tetamu akan terus nampak versi terkini pada pautan yang sama.

Saya sudah ada design sendiri. Ada caj tambahan?

Tiada. Hantar design anda dalam bentuk PDF, PNG atau JPG dan kami sesuaikan tanpa caj tambahan.

Tetamu perlu download app untuk buka kad?

Tidak perlu. Kad Tuan Majlis dibuka terus melalui browser telefon atau komputer.

Boleh lihat contoh sebelum tempah?

Boleh. Setiap design dalam koleksi boleh di-preview secara percuma sebelum anda mula membina kad sendiri.

Adakah RSVP online disediakan?

Ya. Tetamu boleh mengesahkan kehadiran terus di kad, dan anda boleh pantau serta eksport senarai RSVP ke Excel.

Adakah ada peta lokasi dan Waze?

Ya. Masukkan lokasi majlis dan tetamu boleh terus membuka Google Maps atau Waze dengan satu tekan.

Boleh kongsi kad melalui WhatsApp?

Boleh. Kad anda tersedia sebagai pautan ringkas yang mudah dihantar melalui WhatsApp kepada keluarga, rakan dan tetamu majlis.

Mulakan jemputan anda.

Mula Bina Kad